Thursday, 6 December 2012

e-Penyata Gaji Untuk Kakitangan Awam


Entri ni ditujukan untuk semua kakitangan awam di seluruh Malaysia. Mulai Oktober 2010penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan (slip gaji) tidak akan dihantar oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam seperti kebiasaannya.

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010  : Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji  dan eLaporan telahpun memaklumkan pelaksanaan dan panduan menggunakan sistem baru ini. Anda dinasihatkan untuk membaca keseluruhan Surat Pekeliling tersebut untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pelaksanaan sistem ini.

* sila click pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.  

Petikan Terma Rujukan Pengguna
Cara mendaftar e-Penyata Gaji

1. Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
untuk terus ke Daftar Masuk e-Penyata Gaji

2. Kemudian, click pada Pertama Kali Mendaftar.


3. Lengkapkan ruangan kosong dan setelah selesai click OK.

4. Anda akan lihat gambar di bawah setelah berjaya mendaftar. Click Daftar Masuk (seperti langkah no. 2) menggunakan No. K/P dan Kata Laluan semasa pendaftaran dibuat.

 


Cara menyemak e-Penyata Gaji

1. Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Masukkan No. K/P dan Kata Laluan, kemudian click Daftar Masuk.


untuk terus ke Daftar Masuk e-Penyata Gaji

2. Anda akan lihat e-Penyata Gaji anda seperti contoh di bawah. Anda boleh pilih tahun dan bulan bagi penyata bulanan yang anda kehendaki. Sila perhatikan betul-betul bahagian yang dikotakkan dengan warna merah.

* Untuk lebih faham, sila rujuk Tatacara Penggunaan Sistem e-Penyata Gaji. Selamat mendaftar dan sila simpan kata laluan anda elok-elok.

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012 : Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013.


http://portal.anm.gov.my/fileupload/SPANM%20Bilangan%204%20Tahun%202012.PDF

Senarai Cuti Umum di Malaysia Tahun 2013

Di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua Senarai Cuti Umum di Malaysia bagi Tahun 2013 sebagai panduan dan rujukan bagi merancang aktiviti (majlis pertunangan dan perkahwinan) dan percutian bersama keluarga tersayang. Bagi penjawat awam pula, anda boleh merujuk Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013 bagi mengetahui tarikh bayaran gaji bulanan.

Tarikh
Peristiwa
Negeri
1 Januari
Selasa
Tahun Baru 2013Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari
Isnin
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
20 Januari
Ahad
Hari Keputeraan Sultan KedahKedah
24 Januari
Khamis
Maulidur RasulSemua Negeri
27 Januari
Ahad
ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor
1 Februari
Jumaat
Hari WilayahWP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
10 Februari 
Ahad

Tahun Baru Cina
Semua Negeri
11 Februari
Isnin
Tahun Baru Cina (Hari ke-2)Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mac        
Isnin
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu
29 Mac
Jumaat
Good FridaySabah & Sarawak
15 April
Isnin
Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya BersejarahMelaka
19 April
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan PerakPerak
26 April
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 Mei          
Rabu
Hari PekerjaSemua Negeri
7 Mei       
Selasa
Hari Hol PahangPahang
17 Mei   
Jumaat
Hari Keputeraan Raja PerlisPerlis
24 Mei
Jumaat
Hari WesakSemua Negeri
30 & 31 Mei
Khamis & Jumaat
Pesta Kaamatan SabahSabah & Labuan
1 Jun       
Sabtu
Hari Keputeraan YDPASemua Negeri
1 & 2 Jun     
Sabtu & Ahad
Hari Gawai SarawakSarawak
6 Jun  
Khamis
Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
7 Julai    
Ahad
Georgetown World Heritage City DayPulau Pinang
10 Julai
Rabu
Awal Ramadan*Johor, Kedah & Melaka
13 Julai
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua NegeriPulau PinangPulau Pinang
26 Julai
Jumaat
Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
8 & 9 Ogos
Khamis & Jumaat
Hari Raya Puasa *Semua Negeri
31 Ogos
Sabtu
Hari KemerdekaanSemua Negeri
7 September
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua SarawakSarawak
16 September
Isnin
Hari Malaysia  
Semua Negeri
5 Oktober
Sabtu
Ulangtahun Yang di-Pertua  Negeri SabahSabah
12 Oktober
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua NegeriMelakaMelaka
15 Oktober
Selasa
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Semua Negeri
16 Oktober
Rabu
Hari Raya Haji (Hari Ke-2) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
24 Oktober
Khamis
Hari Keputeraan Sultan PahangPahang
2 November
Sabtu
Deepavali Semua Negeri, kecuali Sarawak dan Labuan
5 November
Selasa
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Semua Negeri
11 & 12 November
Isnin & Selasa
Hari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
22 November
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
9 Disember
Isnin
Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor
11 Disember
Rabu
Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
25 Disember
Rabu
KrismasSemua Negeri
* Tertakluk kepada perubahan

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013


Di dalam entri ini saya kongsikan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013 sebagai rujukan dan panduan penjawat awam semua. Untuk merancang percutian pula, anda boleh merujuk entri Senarai Cuti Umum Tahun 2013.
* Bagi menyemak penyata gaji bulanan, sila click e-Penyata Gaji.

Bulan
TarikhCatatan
Januari23 Januari 2013
Rabu

Februari* 25 Februari 2013
Isnin
Tahun Baru Cina
10 & 11 Februari 2013
Mac25 Mac 2013
Isnin

April25 April 2013
Khamis

Mei23 Mei 2013
Khamis
Pesta Menuai 
30 & 31 Mei 2013
Jun* 25 Jun 2013
Selasa
Hari Gawai 
1 & 2 Jun 2013
Julai25 Julai 2013
Khamis

Ogos* 22 Ogos 2013
Khamis
Hari Raya Puasa 
8 & 9 Ogos 2013
September25 September 2013
Rabu

Oktober8 Oktober 2013
Selasa
Hari Raya Haji
15 Oktober 2013
November
* 25 November 2013
Isnin
Deepavali
2 November 2013
Disember
18 Disember 2013
Rabu
Hari Krismas
25 Disember 2013

* Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Hari Raya Puasa dan Deepavali tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.

Untuk muat turun / download Jadual Pembayaran Gaji 2013, sila click sini.

Wednesday, 5 December 2012

Mengenal bentuk dan warna


Selamat Pagi


Tupai Dengan kawan Yang Tamak


Suatu masa dahulu, tupai dan monyet berkawan baik. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama. Setiap hari mereka bermain dan mencari makanan bersama-sama. Si tupai amat menggemari buah mangga masak. Manakala monyet pula suka makan pisang. Apabila haus, mereka berdua akan pergi minum di kolam berhampiran.
            Pada suatu malam, monyet berkata kepada tupai, “ Sahabatku, di sini sudah tidak ada makanan. Eloklah kita berpindah ke kawasan hutan yang lain pula.” Tupai bersetuju dengan pendapat sahabatnya itu. Keesokan paginya, sebaik sahaja matahari terbit, kedua-dua sahabat itu ini pun memulakan perjalanan. Mereka melalui kawasan yang dipenuhi bunga-bunga cantik yang berwarna-warni.  Sebenarnya jalan itu menuju ke sebuah kampong.
Akhirnya tupai dan monyet tiba di sebuah lading anggur yang terletak di pinggir kampung.  Mereka amat gembira melihat gugusan anggur yang sedang masak ranum. Tanpa berlengah, kedua-duanya melompat ke gugusan anggur itu. Mereka terus memakan buah anggur yang manis dan segar itu.
Tiba-tiba… “ Eh, perbuatan kita ini salah! Pemilik ladang ini pasti akan menembak kita sekiranya dia Nampak kita di sini!” kata tupai.
“ Kamu jangan bimbang!” kata monyet. “Pemilik lading ini masih tidur lagi. Dan kita boleh makan buah anggur ini sepuas-puasnya!” “Baik kita pergi sekarang, sebelum pemilik ladang ini nampak kita!” kata tupai. “Lagipun perut aku sedah penuh!” Belum pun sempat mereka bertindak, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan yang kuat. Peluru itu mengenai monyet. Monyet jatuh lalu mati di situ juga. Tupai melarikan diri dengan segera.

Moral : Bersikap tamak hanya akan merugikan diri sendiri.



Bangau dan Rakan-rakannya


    Di sebuah lading, tinggal seekor  kambing dan seekor ayam jantan. Mereka bersahabat baik. Setiap hari kambing dan ayam jantan pergi mencari makanan di sebuah lading yang terletak jauh dari tempat tinggal tinggal mereka. Mereka gemar pergi ke situ kerana di lading itu terdapat banyak sayur-sayuran seperti tomato, lobak dan terung. Mereka boleh makan sehingga kenyang.
            Pada suatu hari, kambing dan ayam jantan mengajak bangau pergi ke lading sayur. “ Ke manakah kamu ingin membawa aku?”  Tanya bangau. “Kamu ikut sajalah. Kami akan bawa kamunke tempat yang menyeronokkan,” kata kambing. Perjalanan mereka agak jauh. Setelah melalui bukit dan menyeberangi sungai, mereka pun sampai di lading itu. Kambing dan ayam jantan terus memakan jagung. Bangau amat terkejut melihat keadaan itu.
            “Adakah kamu telah meminta izin daripada tuannya sebelum kamu makan makanan di sini?” tanya bangau. “Kamu jangan risau, makan sahajalah,” kata kambing. “Marilah rasa jagung yang manis ini!” kata ayam jantan pula. “ Tidak! Perbuatan kamu ini salah kerana kamu boleh dianggap mencuri!” kata bangau. Tiba-tiba sebuah jarring memerangkap mereka bertiga. Mereka tidak dapat melepaskan diri lagi. Mereka ketakutan apabila melihat peladang itu membawa seekor anjing.
            “Tolong lepaskan saya! Saya tidak mencuri apa-apa pun dari lading kamu ini!” kata bangau. “Lihatlah kaki dan leher saya yang panjang ini. Saya hanya mampu menangkap ikan, ketam dan udang. Saya tidak makan sayur-sayuran!” “Saya minta maaf kerana tidak boleh melepaskan kamu. Walaupun kamu tidak mencuri, tetapi kamu dikira bersahabat dengan rakan-rakan kamu ini.”

Moral : Kita mestilah bijak memilih kawan kerana kawan yang jahat akan menjuruskan kita kepada perkara yang tidak baik.



Latihan 5


Kata Adjektif
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
muda     merah     leper      tebal      merdu
suntuk     benci     bingung      sembuh      kencang

1 Jika kita selalu bercakap bohong, kawan-kawan akan 
 kepada kita.
2 Piring yang 
 itu telah pecah.
3 Air kelapa 
 enak diminum.
4 Suara biduanita Syarifah Aini sungguh 
.
5 Angin 
 telah menumbangkan beberapa batang pokok.
6 Chandran sudah 
 daripada sakit.
7 Adibah tidak dapat menyiapkan kerja itu kerana masa sudah 
.
8 Shanti 
 memikirkan masalah yang dihadapinya.
9 "Ambilkan saya buku 
 di atas meja itu," kata Cikgu Kasim.
10 Harga sekilogram cili     
 ialah RM 9.00.

Lagu Geylang Si Paku Geylang


Latihan 4

Kata Seruan

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1._________! Rupanya kamu ada di sini!
A  Cih
B  Nah
C  Wah
D  Amboi


2._________! Beruntungnya abang awak!
A  Wah
B  Aduh
C  Oh
D  Eh


3._________! Jangan bermain di sini!
A  Aduhai
B  Ceh
C  Hei


4._________! Saya hampir terlupa pesanan emak!
A  Amboi
B  Oh
C  Hoi
D  Wah


5._________! Apa hal kamu datang ke rumah saya?
A  Wah
B  Cis
C  Eh
D  Oh


6._________! Apa khabar kamu sekarang?
A  Hoi
B  Oh
C  Eh
D  Hai


7._________! Itu cuma perkara kecil sahaja!
A  Wah
B   Eh
C   Oh
D   Amboi


8._________! Lemahnya badan saya ini!
A  Amboi
B  Aduhai
C  Cis
D  Eh


9._________! Kamu telah memenangi pertandingan ini!
A  Oh
B  Syabas
C  Wah
D  Aduhai


10._________! Betulkah jawapan ini?
A  Eh
B  Oh
C  Nah
D  Hoi 


Jawapan:
1. D     2.A       3.A       4.B       5.C      6.B       7.D      8.C      9.D      10.C

Tuesday, 4 December 2012

Kata Adjektif

http://www.slideshare.net/manafyasir/kata-adjektif-presentation#btnNext

Lagu Nenek Si Bongkok Tiga


Garis Panduan & Teknik jawab soalan UPSR Bahasa Melayu 012/011

http://www.slideshare.net/andrianodin84/bahasa-melayu-2012#btnNext

Berkongsi Makanan


Pada suatu hari, beruang dan singa pergi mencari makanan. Setelah beberapa lama berjalan, mereka tiba di sebuah perigi buta. Di situ terdapat seekor bangkai kambing. “Wah, makanan!” teriak beruang dan singa. Namun kedua-duanya tidak mahu berkongsi makanan tersebut.
            “ Mari kita berlawan! Pemenang akan mendapat bangkai kambing itu,” cadang singa. “ Baiklah, aku setuju!” kata beruang.
            Singa dan beruang pun memulakan perlawanan. Kedua-duanya menunjukkan kehandalan masing-masing. Perlawanan yang hebat itu disaksikanoleh seekor rubah. Rubah sedang bersembunyi di dalam semak berhampiran. Ia berniat untuk mencuri bangkai kambing itu. Namun, ia berasa takut terhadap singa dan beruang yang garang itu.
            Perlawanan antara singa dan beruang semakin sengit. Beruang mencakar mata singa dengan kukunya yang tajam. Dan singa membalasnya dengan menggigit telinga beruang. Setelah beberapa lama berlawan, kedua-duanya telah cedera parah. Mereka juga keletihan akibat terlalu lama berlawan. Akhirnya masing-masing mengaku kalah. Kedua-duanya tidak mampu untuk bergerak lagi.
            Melihat keadaan singa dan beruang itu, rubah segera bertindak. Ia keluar dari semak dan berlari segera kea rah bangkai kambing itu. “ Kamu berdua tidak perlu bergaduh lagi. Sekarang bangkai kambing ini menjadi milik aku!” kata rubah sambil ketawa.
            Rubah membawa bangkai kambing itu pergi dari situ. Sementara itu, singa dan beruang tidak dapat apa-apa. Mereka hanya mampu melihat rubah pergi dari situ.

Moral: Berkongsi sesuatu barang adalah lebih baik daripada tidak mendapat apa-apa.


Serigala Yang Memerlukan Pertolongan


Pada suatu hari, serigala mengalami cedera parah setelah berlawan dengan beruang. Akibatnya, ia tidak mampu berjalan lagi kerana kakinya patah. Hidungnya turut berdarah dan badannya luka-luka. Ia menjadi terlalu lemah. Ia berehat di celah-celah batu di tepi sungai. Ia menunggu haiwan yang datang ke sungai itu untuk meminta pertolongan.
      Tidak berapa lama kemudian, datang seekor biri-biri ke sungai itu. “Wahai sahabatku, sudikah kau menolongku?” sapa serigala. “Aku telah cedera parah. Tolonglah bawalah air dan makanan kepadaku.” Biri-biri berasa curiga untuk menolong serigala kerana sebelum itu ia sering diburu oleh serigala untuk dijadikan makanan. Ia terus pergi dari situ meninggalkan serigala yang kesakitan.
        Kemudian, lalu pula seekor anak rusa di kawasan itu. Ia terkejut melihat serigala berada di celah-celah batu itu. “Ke mari kawanku,” kata serigala. “ Kakiku telah patah. Aku tidak boleh berjalan lagi. Tolong bawakan aku sedikit air dari sungai itu. Dan bawakan aku sedikit buah-buahan  segar.” Namun anak rusa itu berasa takut lalu melarikan diri.
      Tidak ada haiwan yang mahu menolong serigala yang malang itu. Ia terus berada di tepi sungai itu dalam keadaan lapar dan dahaga. Oleh kerana terlalu letih ia tertidur di tengah terik matahari itu. Pada waktu malam, serigala bermimpi menikmati makanan yang lazat-lazat serta minum air sungai yang sejuk dan menyegarkan. Akhirnya serigala mati di situ.

Moral : Jangan mengharapkan pertolongan daripada orang yang selalu kita sakiti.     
      

Friday, 16 November 2012

Latihan 3

Tuliskan ayat berdasarkan gambar.


Kata Ganti


Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri digunakan untuk panggilan pengganti diri seseorang atau benda.
Kata nama ganti diri terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
  •          Kata ganti nama diri pertama
  •          Kata ganti nama diri kedua
  •          Kata ganti nama diri ketiga




Wednesday, 7 November 2012

Sambutan hari jadi bulan Okt, Nov dan Dis. di Pra Sekolah ( 7.11.2012)








Ayam Belanda dengan Biri-biri


     Pada suatu hati, Ayam Belanda keluar mencari makanan. Ia pergi ke ladang gandum yang terletak berhampiran kandang biri-biri. Ia terus memakan gandum dengan gembira. Dari situ, ia nampak peladang sedang mengetam bulu biri-biri. “Baaa…Baaa…” tangis biri-biri itu.
                “Ha…Ha…Ha…padan muka kau! Rupa kau kelihatan sangat hodoh tanpa bulu!” kata Ayam Belanda mentertawakan biri-biri. Tanpa disedari Ayam Belanda, tiba-tiba peladang itu menangkapnya. Ia dikurung di dalam sebuah jaring. “Kau dah cukup besar untuk aku jual di pekan, dan aku akan dapat banyak duit,” kata peladang itu.
                Kemudian, peladang mengikat jaring tersebut pada sebatang kayu. Ayam Belanda meronta-ronta cuba melepaskan dirinya. Ia menjerit-jerit meminta tolong. Namun tiada yang datang menolongnya. Ia cuba meminta pertolongan daripada biri-biri pula. “Wahai biri-biri, tolonglah lepaskan aku!”
                Biri-biri menghampiri Ayam Belanda. “Ketika aku dalam kesusahan, kau ketawakan aku! Sekarang barulah kau tahu apabila kau ditimpa masalah!” “ Tolonglah lepaskan aku! Kalau tidak, aku akan dijual. Kemudian, aku akan disembelih dan dijadikan hidangan oleh manusia,” tangis Ayam Belanda.
Moral: Jangan ketawakan orang yang ditimpa masalah kerana suatu hari nanti kita mungkin akan mengalami masalah juga.



Saturday, 3 November 2012

Ikan Kekek


Kucing dengan Ayam Jantan


         Di sebuah kampung, tinggal seorang petani dengan seekor kucing kesayangannya. Petani itu juga menternak ayam. Di dalam rebannya terdapat seekor ayam jantan dan beberapa ekor ayam betina. Ayam-ayam itu diberi makan dan dijaga dengan baik.
           Pada suatu petang, kucing petani itu berehat di sebuah kerusi berhampiran reban ayam. Dari situ ia nampak  ayam jantan mengais-ngais tanah mencari cacing. Tiba-tiba kucing terasa lapar. Ia teringin hendak makan daging ayam.
           Sedang kucing berfikir mencari helah, ia nampak ayam jantan duduk di tepi pagar. Kucing segera melompat ke atas tangga berhampiran pagar itu. “Hei, ayam jantan!” laung kucing. “Saya tak suka kamu! Tahukah kamu, kokokan kamu yang nyaring itu sering mengganggu tidur saya? Setiap malam saya tak dapat tidur dengan nyenyak!”
      “Jadi, kamu nak buat apa?” tanya ayam jantan. “Nah, rasakan!” Jerit kucing sambil menerkam ayam jantan. Kedua-duanya jatuh tergolek ke tanah. Kucing menyerang lawannya dengan menggunakan kakinya. Manakala ayam jantan menggunakan tajinya untuk menyerang balas. Setelah beberapa lama bertarung, akhirnya ayam jantan mati dan kucing memakan dagingnya dengan lahap.
Moral: Kita mesti berhati-hati apabila ada orang sengaja menimbulkan masalah dengan kita.


Monday, 29 October 2012

Latihan 2


Latihan 2
Tuliskan kata nama khas yang betul berdasarkan gambar yang diberi.

Latihan 1


Latihan 1
Tuliskan kata nama am yang betul bagi gambar berikut.

Kata Nama

Kata Nama Am
Kata nama am digunakan untuk menyebut nama benda, tempat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan panggilan untuk diri seseorang.



Kata Nama Khas
Kata nama khas digunakan untuk menyebut atau menamakan benda, haiwan, orang dan tempat secara khusus. Setiap kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama perkataan.



Saturday, 6 October 2012



Sejarah dan Perkembangan SJK(C) Aik Thee

Tahun
Peristiwa
1925
Sekolah ditubuhkan dengan meminjam tempat tokong cina “tian fu gong”. Seramai lebih kurang 20 murid dan hanya terdapat 1 kelas.

Lepas Perang Dunia 2, disebabkan masalah kekurangan tempat untuk menampung bilangan murid yang semakin meningkat, sekolah dipindahkan ke tanah baru yang disumbang oleh dermawan.
1950
Sekolah dilengkapi dengan 6 bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah asrama guru (rumah papan).
1974
Mendapat bantuan daripada dengan memberi tanah seluas 3 ekar untuk dijadikan kawasan sekolah baru. Pada tahun yang sama, mendapat bantuan penuh daripada kerajaan. Dengan adanya sumbangan kewangan dari kerajaan, sebuah bangunan batu-bata yang merangkumi 6 bilik darjah dan sebuah bilik guru serta sebuah gelanggang bola keranjang dibina
1984
Cadangan untuk mendirikan bangunan baru bagi menampung peningkatan bilangan anak murid.
1985
Mendapat kebenaran dan kelulusan untuk mendirikan sebuah blok 2 tingkat (blok A dan B) yang merangkumi 4 bilik darjah, sebuah bilik guru besar dan sebuah bilik mesyuarat.
1998
Blok C siap dibina, memakan kos sebanyak RM480,000.00.
2002
Mendapat peruntukan daripada Kementerian Pelajaran untuk mendirikan sebuah bilik komputer.
2005
Mendapat kebenaran dan peruntukan daripada Kementerian Pelajaran untuk mendirikan Prasekolah.
sekarang
Kawasan sekolah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan. Terdapat 11 bilik darjah, bilik guru besar, bilik guru, perpustakaan, bilik Sains, bilik Muzik, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, pusat sumber, bilik prasekalah dan tandas