Wednesday, 7 November 2012

Ayam Belanda dengan Biri-biri


     Pada suatu hati, Ayam Belanda keluar mencari makanan. Ia pergi ke ladang gandum yang terletak berhampiran kandang biri-biri. Ia terus memakan gandum dengan gembira. Dari situ, ia nampak peladang sedang mengetam bulu biri-biri. “Baaa…Baaa…” tangis biri-biri itu.
                “Ha…Ha…Ha…padan muka kau! Rupa kau kelihatan sangat hodoh tanpa bulu!” kata Ayam Belanda mentertawakan biri-biri. Tanpa disedari Ayam Belanda, tiba-tiba peladang itu menangkapnya. Ia dikurung di dalam sebuah jaring. “Kau dah cukup besar untuk aku jual di pekan, dan aku akan dapat banyak duit,” kata peladang itu.
                Kemudian, peladang mengikat jaring tersebut pada sebatang kayu. Ayam Belanda meronta-ronta cuba melepaskan dirinya. Ia menjerit-jerit meminta tolong. Namun tiada yang datang menolongnya. Ia cuba meminta pertolongan daripada biri-biri pula. “Wahai biri-biri, tolonglah lepaskan aku!”
                Biri-biri menghampiri Ayam Belanda. “Ketika aku dalam kesusahan, kau ketawakan aku! Sekarang barulah kau tahu apabila kau ditimpa masalah!” “ Tolonglah lepaskan aku! Kalau tidak, aku akan dijual. Kemudian, aku akan disembelih dan dijadikan hidangan oleh manusia,” tangis Ayam Belanda.
Moral: Jangan ketawakan orang yang ditimpa masalah kerana suatu hari nanti kita mungkin akan mengalami masalah juga.



1 comment: