Wednesday, 5 December 2012

Bangau dan Rakan-rakannya


    Di sebuah lading, tinggal seekor  kambing dan seekor ayam jantan. Mereka bersahabat baik. Setiap hari kambing dan ayam jantan pergi mencari makanan di sebuah lading yang terletak jauh dari tempat tinggal tinggal mereka. Mereka gemar pergi ke situ kerana di lading itu terdapat banyak sayur-sayuran seperti tomato, lobak dan terung. Mereka boleh makan sehingga kenyang.
            Pada suatu hari, kambing dan ayam jantan mengajak bangau pergi ke lading sayur. “ Ke manakah kamu ingin membawa aku?”  Tanya bangau. “Kamu ikut sajalah. Kami akan bawa kamunke tempat yang menyeronokkan,” kata kambing. Perjalanan mereka agak jauh. Setelah melalui bukit dan menyeberangi sungai, mereka pun sampai di lading itu. Kambing dan ayam jantan terus memakan jagung. Bangau amat terkejut melihat keadaan itu.
            “Adakah kamu telah meminta izin daripada tuannya sebelum kamu makan makanan di sini?” tanya bangau. “Kamu jangan risau, makan sahajalah,” kata kambing. “Marilah rasa jagung yang manis ini!” kata ayam jantan pula. “ Tidak! Perbuatan kamu ini salah kerana kamu boleh dianggap mencuri!” kata bangau. Tiba-tiba sebuah jarring memerangkap mereka bertiga. Mereka tidak dapat melepaskan diri lagi. Mereka ketakutan apabila melihat peladang itu membawa seekor anjing.
            “Tolong lepaskan saya! Saya tidak mencuri apa-apa pun dari lading kamu ini!” kata bangau. “Lihatlah kaki dan leher saya yang panjang ini. Saya hanya mampu menangkap ikan, ketam dan udang. Saya tidak makan sayur-sayuran!” “Saya minta maaf kerana tidak boleh melepaskan kamu. Walaupun kamu tidak mencuri, tetapi kamu dikira bersahabat dengan rakan-rakan kamu ini.”

Moral : Kita mestilah bijak memilih kawan kerana kawan yang jahat akan menjuruskan kita kepada perkara yang tidak baik.



No comments:

Post a Comment