Wednesday, 5 December 2012

Tupai Dengan kawan Yang Tamak


Suatu masa dahulu, tupai dan monyet berkawan baik. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama. Setiap hari mereka bermain dan mencari makanan bersama-sama. Si tupai amat menggemari buah mangga masak. Manakala monyet pula suka makan pisang. Apabila haus, mereka berdua akan pergi minum di kolam berhampiran.
            Pada suatu malam, monyet berkata kepada tupai, “ Sahabatku, di sini sudah tidak ada makanan. Eloklah kita berpindah ke kawasan hutan yang lain pula.” Tupai bersetuju dengan pendapat sahabatnya itu. Keesokan paginya, sebaik sahaja matahari terbit, kedua-dua sahabat itu ini pun memulakan perjalanan. Mereka melalui kawasan yang dipenuhi bunga-bunga cantik yang berwarna-warni.  Sebenarnya jalan itu menuju ke sebuah kampong.
Akhirnya tupai dan monyet tiba di sebuah lading anggur yang terletak di pinggir kampung.  Mereka amat gembira melihat gugusan anggur yang sedang masak ranum. Tanpa berlengah, kedua-duanya melompat ke gugusan anggur itu. Mereka terus memakan buah anggur yang manis dan segar itu.
Tiba-tiba… “ Eh, perbuatan kita ini salah! Pemilik ladang ini pasti akan menembak kita sekiranya dia Nampak kita di sini!” kata tupai.
“ Kamu jangan bimbang!” kata monyet. “Pemilik lading ini masih tidur lagi. Dan kita boleh makan buah anggur ini sepuas-puasnya!” “Baik kita pergi sekarang, sebelum pemilik ladang ini nampak kita!” kata tupai. “Lagipun perut aku sedah penuh!” Belum pun sempat mereka bertindak, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan yang kuat. Peluru itu mengenai monyet. Monyet jatuh lalu mati di situ juga. Tupai melarikan diri dengan segera.

Moral : Bersikap tamak hanya akan merugikan diri sendiri.



2 comments:

  1. Cerita yang menarik. Pasti murid-murid berasa seronok mendengarya.

    ReplyDelete