Kata Sendi Nama


1.        Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
2.        Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
3.        Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
4.        Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
KATA SENDI
PENGGUNAANNYA
AYAT CONTOH
di
·         Digunakan untuk tempat.
·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja
 di sekolah itu.
ke
·         Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
·         Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.
1. Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke   petang.
3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
4. Cik Bedah ke surau.
dari
·         Digunakan untuk tempat, arah atau masa.
1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
2. Kami menunggu
 dari pukul 8.00 pagi.
3. Ely datang
 dari Kelantan.
daripada
·         Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
1. Surat itu saya terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh manfaat daripada 
5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri  daripada enam belas orang anggota.
Kepada/ akan/ terhadap
Digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.
1. Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan / kepada / terhadap ibu bapa.







PENGGUNAAN KATA SENDI
KATA SENDI
PENGGUNAANNYA
AYAT CONTOH
Bagi / untuk
·         Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.
1. Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang     dipungut.
2. Hadiah ini
 untukmu.
pada
·         Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
1. Peah tiba pada pukul lapan malam.
2. Tiket bas itu ada
 pada Hanim.
3.
 Pada pendapat saya, cerita itu benar.
demi
·         Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan
1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi   kesejahteraan negara.  
2.
 Demi kepentingan bersama, marilah kita   berdamai.
 tentang
·         Digunakan untuk menyatakan maknaberkenaan dengan
1. Menteri-menteri itu berbincang tentang    masalah negara.
seperti/
umpama/
laksanabagai
·         Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.
1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai  orang berada.
2. Suaranya merdu 
 seperti/umpama/   laksana/bagai  buluh perindu.
dengan
·         Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.  
1. Izzat bermain dengan Hazwan.
2  Hasilnya tidak setimpal
 dengan usahanya.
3. Nani belajar
 dengan tekun.
4. Nora menulis
 dengan pensel.
sejak/ semenjak
·         Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
    suaminya pulang dari perantauan.
oleh
·         Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh
    kata-kata ketua mereka.
hingga/
sampai
·         Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.
1. Anggota-anggota polis berkawal hingga / sampai larut malam.
2. Midah belajar hingga / sampai peringkat universiti.
dalam/
antara
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
1. Dalam hal ini, kita semua setuju.
2. Mereka berbincang
 antara adik- beradik

No comments:

Post a Comment